Home > Berita > Umum

Syarifah Sembilan; Mitos atau Fakta Sejarah? Berikut Penjelasan Waris Kesultanan Siak

Syarifah Sembilan; Mitos atau Fakta Sejarah? Berikut Penjelasan Waris Kesultanan Siak

Tengku Bongsu Syed Ariev/ISTIMEWA

Kamis, 01 Oktober 2020 17:20 WIB
PEKANBARU, POTRETNEWS.com — Bila menyebut kata ”sejarah”, teringat agenda 28/12/2019 yang ditaja oleh CEO potretnews.com Tuan Mario Abdillah Khair Saragih mengenai ”Literasi Menulis Menumbuhkembangkan Minat Generasi Muda”. Saya selalu menekankan generasi muda kerana selain sebagai agen perubahan juga sebagai peneraju bangsa. Sejarah adalah guru yang tak pernah berdusta. Bangsa Melayu memiliki kaitan erat dengan Kesultanan. Menyiasati yang terjadi di Sungai Apit, Sejarah Syarifah Sembilan melawan penjajah dengan berzapin di atas kapal era Raja Kechik.

Sefahaman saya dan berbinchang bersama rujokan Sejarah Kesultanan Siak dan Kabupaten Siak - Encik Amrun Salmon (Waris Datuk Suku Pesisir Kesultanan Siak Sri Inderapura) dan YAM Tengku Syarifah Arifah (anakanda kepada Temenggong Kesultanan Siak ke 6), tiada menyebut mengenai Syarifah Sembilan.

Mesti diingat, sefahaman saya, kuatnya pengaruh Arab dan Ahlulbayt era Syed Osman sebagai menantu Sultan Abdul Jalil Alamuddin Shah - Sultan Siak ke 4 (1761-1766). Bermulanya pengaruh Arab masa Sultan Muhammad Ali Abdul Jalil Muazam Shah - Sultan Siak ke 5 (1766-1779) dan mencapai masa kemuncak era Sultan Assyaidis Syarif Ali Abdul Jalil Syaifuddin - Sultan Siak ke 7 (1784-1811).

Bermakna "Zapin" belum dikenal era Raja Kechik. Berita tersebut mengenai Syarifah Sembilan dikategorikan "Sejarah Sebagai Cerita" bukan "Sejarah Sebagai Ilmu" oleh Almarhum Raja Hasan Yunos.

Sumber-sumber maklumat kena berdasar kepada yang sahih dan Waris Kesultanan dipercaya dan anakjati yang tahu apa yang berlaku walau hanya bersifat turun-temurun. Peristiwa ini kesilapan yang tak dapat dimaafkan kerana mereka cerita sejarah baru. (Tengku Bongsu Syed Ariev) ***/Riau

Penulis adalah Waris Kesultanan Siak.

Kategori : Umum
wwwwww