Home > Berita > Umum

Ini Sejarah Singkat Awal Mula Portugis dan Belanda ke Tanah Melayu

Ini Sejarah Singkat Awal Mula Portugis dan Belanda ke Tanah Melayu

Ilustrasi/INTERNET

Kamis, 01 Oktober 2020 18:25 WIB

PEKANBARU, POTRETNEWS.com — Sewaktu orang Portugis mula-mula tiba tahun 1509, Melaka adalah pusat bandaraya yang sudah terkenal sebagai pusat perniagaan antarabangsa.

Alfonso d'Alburquerque (Governor Portugis di India antara tahun 1509-1515) percaya barang berharga yang dibawa dari Iskandariah melalui Laut Merah menuju Eropah oleh Pedagang Venice diarahkan ke Lisbon.

Hasrat menaklukkan Melaka setelah mengepung hampir 1bulan berjaya tahun 10 Agustus 1511. Menjelang pertengahan kurun ke 16, Belanda telah mengambil kesempatan untok menjadi sebuah negara perdagangan yang terkenal. Apabila Belanda secara rasmi mengumumkan bahwa tidak lagi setia kepada Raja Philip II of Sepanyol tahun 1581, berlakulah "Perang Kemerdekaan" menentang Sepanyol dikenal sebagai "Perang 80tahun".

Sunggohpon pelayaran pertama ke Asia tahun 1598 hanya menghasilkan keuntungan sahaja, namun hal ini sebagai modal prospek perdagangan rempah di Timur.

Menjelang tahun 1600 terdapat 5buah syarikat (2 di Rotterdam, 2 di Zeeland, 1 di Enkhuizen) membentuk syarikat bersama sebagai Syarikat Hindia Timur Bersatu atau Vereenigde Oost-Indische Compagnie (VOC) pada 20 Maret 1602 bertujuan sebagai "Landasan untok memperluaskan cita-cita dan perjuangan bangsa pedagang di Timur".

Manakala eratnya Johor dan Siak salah satunya bermula pada Duta-Duta Belanda ke Riau tahun 1687 mendedahkan pemerhatian mereka mengenai cara bagaimana perdagangan dijalankan oleh Paduka Raja Tun Abdul Jamil yaitu : .....Paduka Raja malah pernah menghantar 2 orang anakanda lelaki beliau yaitu Sri Bija Diraja dan Laksamana ke Siak beberapa bulan lalu untok berniaga di sana..... Bengkalis dan Sungai Siak hanya pada namanya sahaja berada di bawah naungan Johor sehingga beberapa bulan terakhir tahun 1717. (Tengku Bongsu Syed Ariev) ***/Riau

Penulis adalah Waris Kesultanan Siak.

Kategori : Umum
wwwwww
www.amsi.or.id