Menjulang Tradisi di Tanah Temenggong Kesultanan Siak Sri Inderapura

Menjulang Tradisi di Tanah Temenggong Kesultanan Siak Sri Inderapura

Penulis memberikan nasi briyani/ISTIMEWA.

Sabtu, 20 April 2019 07:20 WIB
RIAU – Alhamdulillah puji syukor kepada Allah SWT telah selesai memberikan nasi briyani kepada orang-orang lama di Selatpanjang yang dikenal sebagai Tanah Temenggong - Tanah Jantan. Resepi nasi briyani "Sultan dan Temenggong" merupakan resepi turun-temurun yang dikekalkan hingga kini. Melalui air tangan Tengku Syarifah Nisbatulzuhro, anakanda Tengku Syarifah Arifah nasi briyani ini selesai dan dihantarkan kepada orang-orang lama.

Idea ini digagaskan oleh Tengku Syed Arief dan Tengku Syed Ahmad Mukhlis setelah ditunjuk ajar oleh orang-orang lama seperti Tengku Syarifah Arifah, (almarhum) Tengku Syed Amhar dan isteri Tengku Syarifah Akmaliah (salah satu cucunda Temenggong Kesultanan Siak Sri Inderapura IV) melalui perbincangan lama.

https://www.potretnews.com/assets/imgbank/20042019/potretnewscom_x3rvs_1537.jpg

https://www.potretnews.com/assets/imgbank/20042019/potretnewscom_wfc6y_1538.jpgFoto bersama setelah memberikan nasi briyani kepada orang-orang lama di Selatpanjang/ISTIMEWA.

Tengku Syarifah Arifah merupakan anakanda Tengku Syed Abubakar (Temenggong Siak Sri Inderapura VI) yang maseh hidop, dan agenda ini dimulakan di kediaman beliau. Sedangkan Tengku Syarifah Akmaliah merupakan salah satu cucunda kepada Tengku Sulong Cantek Syed Alwi (Temenggong Siak IV).

Diteruskan dengan kediaman Encik Kamariah (binti) Encik Indera (waris Datuk 50), mertua Tengku Syarifah Sahrul Bariyah.

Agenda ini bermaksod mengembalikan/kilas balek kebiasan Almarhum Sultan dan Temenggong Siak Sri Inderapura menyambut bulan Ramadhan. Semoga agenda ini dilakukan setiap tahun dan berkekalan sehingga menjadi ingatan ikhlas kepada anak cucu kelak.

Aamiin Aamiin Aamiin.

Kalau tidak kerana kerawang
Tidak kan mahkota coraknya berseni
Kalau tidak tradisi dijulang
Tidak kan MELAYU terus bersemi

Penulis:
Tengku Ariev

Kategori : Serbaneka
wwwwww